Search

Kunci kehidupan yang bahagia dan berkat

Baca Juga :



KUNCI KEHIDUPAN YANG BAHAGIA & BERKAT

Allah Taala dengan jelas menjanjikan kehidupan yang baik buat hamba-hambaNya yang melakukan amal soleh.

Ibnu 'Athiyyah berpendapat amal soleh adalah merangkumi segala bentuk ketaatan, yang disyaratkan mesti dilakukan dengan keimanan.

Ibnu Kathir pula menjelaskan amal soleh adalah amalan yang sesuai dengan al-Quran & sunnah. Tiga syarat amal soleh ialah; selari dengan petunjuk Nabi s.a.w, ikhlas kerana Allah & disertai dengan akidah yang benar.

Para ulama' mentafsirkan kehidupan yang baik sebagai kehidupan yang diredhai Allah dan dikurniakan:
• rezeki yang halal
• kebahagiaan
• kecukupan keperluan
• kemanisan dalam ketaatan
• ketenangan hati
• kelapangan dalam berbagai perkara
• kebaikan di akhirat berupa syurga.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sungguh beruntunglah orang yang masuk Islam, lalu diberi rezeki yang cukup, dan berasa cukup dengan apa yang Allah berikan." (HR Muslim)

Cahaya islam
Follow akun sosial media Foto Dakwah, klik disini

Klik disini untuk sedekah dakwah, untuk membantu dakwah kami

Share Artikel Ini

Related Posts

Comments
0 Comments